Friday, 13 May 2011

Aduh!

Sebenarnya saya ini terlalu sayang dekat dia. Saya menganggap dia sebagai ahli keluarga sendiri walaupun dia tidak membalas mesej namun jauh disudut hati dia ada saya. Memang kebanyakan lelaki senang je melupakan kesemuanya, tapi bagi saya situasi tersebut bukanlah satu inisiatif yang terbaik untuk saya. Ramai kawan2 saya menyatakan ada perempuan yang lebih baik untuk saya. Saya menolak pendapat mrk dengan baik. Saya kenal diri saya siapa yang jujur ikhlas dalam sesuatu hubungan. Kuasa cinta itu terlalu dalam walaupun hanya sekelip mata. Kadang-kadang, hati ini nak selalu berada disamping dia. Rupa parasnya bukanlah menjadi persoalan kepada diri dia sendiri. Saya jatuh cinta bukan kerana harta dan wang yang dimiliki oleh beliau. Sikapnya yang pelik dan ikhlas menjadi nadi utama punca cinta saya kepada dia. Sikap rahsia dia menarik saya untuk mendekati dia. Mendalami ilmu-ilmu yang saya tidak pernah ceburi dalam kehidupan ini. Kekeluargaan, Cinta, Kasih Sayang, dan paling penting sekali adalah kebahagiaan dalam perhubungan tersebut. Ujian diturunkan kepada saya untuk membuktikan sejauh mana cinta saya terhadap dia. Janji saya kepada emak saya adalah berkahwin dan menimbang cucu sebelum akhir hayatnya. Saya tidak mengharapkan simpati dari si dia, namun saya mengharapkan cinta dia kepada saya tidak berubah. Saya merupakan insan yang tidak sempurna namun saya akan cuba sedaya upaya saya untuk menjadi yang terbaik untuk si dia. Sikap saya yang menyendiri dahulu, kini hati ini gembira dan ceria semasa disamping beliau. Buat si dia, saya hadiahkan satu pantun khas untuk si dia. 


Anak bangsawan menjahit tabir
Sulam di tepi siku keluang
Benci tuan cuma di bibir
Dalam hati membara sayang
Pohon sagu jatoh di tebang
Pohon duku di bikin sarang
Jangan ragu jangan bimbang
Cinta ku hanya untuk mu seorang

sudahnya cinta materai janji
sudahnya hati memahat rasa
fitrah kasih kadangkala diuji
kelak di mata mengikat mesra

kisah hamba kisah cinta
sebak dada menahan gelora
kasih hamba jauh di mata
namun di jiwa rindu membara
Sekian, terima kasih...

0 comments:

Post a Comment