Saturday, 21 May 2011

Kenapa saya patut benci Club, Pub dan Disco places.


Salam entry hari ini adalah tentang pub, club dan disco. Tentu ramai di sana yang suka pergi tempat2 begini terutama orang-orang muda di luar sana. Tapi tempat begini lah yang akan merosakkan moral anak-anak muda kita. Tempat-tempat ini adalah dimana setan senang memesongkan akidah kita. Dari kecil kita diajar ilmu berkaitan dengan agama tetapi malangnya anak muda kita terlalu berseronok dalam yang terumbang-ambing sehinggakan manusia sekarang terlupa dengan Allah s.w.t. Solat pun tidak cukup waktu, Akhlak pun runtuh seperti hujan. Kita perlulah beringat bahawa sekarang ini adalah Dunia Akhir Zaman dan ramai diantara kita tidak akan mencium bau syurga. Kenapa kita tidak sedar? Sambung balik cerita tempat2 syaitan ini, apa sebenarnya yang berlaku ditempat ini sehinggakan ramai diantara kita yang keasyikkan dalam disco, pub dan club sebegini? Adakah kerana boleh membuat maksiat? menagih dadah? menari? meminum arak? Bagi saya anak muda kita sekarang terlalu terpengaruh dengan anasir barat. Surah al Waqiah(kiamat) dan http://waksab.blogspot.com/p/surah-al-quran.html

2 Video dan artikel ini akan mengajar kita erti kiamat dan sesiapa yang ada kesedaran ini saya mintalah tolong untuk mengubah pendirian anda untuk berjaya di dunia dan akhirat kerana kita berada di dunia Akhir Zaman. Lingkungan 10-20 tahun lagi mungkin akan berlaku perubahan dunia ke pemerintahan Islam yang sebenar. So kembalilah wahai anak2 muda hingga ke tua ke pangkal jalan. Saya tidak sanggup melihat agama Islam kita hancur ditangan syaitan. Sekian Terima Kasih.


0 comments:

Post a Comment