Saturday, 17 September 2011

Antara kawan dan cinta dan...

ada yang berkawan tetapi tidak bercinta. Cerita tentang si dia, kadang kala bagai dalam hati, ada juga taman. Teringin nak bercinta, namun tak berjodoh. Apakan daya, nasib badan muka tak hensem tapi hati mulia siapa yang tahu. Melihat rakan sini, rakan sana berdamping bersama teman istimewa. Hanya mampu tumpang gembira untuk rakan tauladan. Niat dihati, ingin menegur, risau akan putusnya sahabat dipasangnya niat, tidak akan terikut dengan hasutan syaitan.

ada yang berkawan, tetapi bercinta. Cerita tentang si dia, sebenarnya cinta itu hanya sementara. Sekadar cuba-mencuba, ada juga yang tulus-ikhlas tetapi itu yang bahaya. Mengapa? bila ikhlas hingga ke lubang cacing, kawan yang dari kecil bersama, dilupakan hanya sekelip mata. Ditinggalkan sehingga cinta tiada lagi, baru di cari kawan yang lama.

ada yang berkawan, hanya sekadar kawan. Lelaki perempuan, asal batas terjaga. Dijaga adab, apa yang Islam ajarkan. Namun sekali bercinta, hanyut hasutan syaitan. Bilik yang tiada seorang jejaka pernah dilangkah masuk, terus diberi ruang untuk santai bersama. Konon betul jaga segala batas, ternoda juga akhirnya dia.

ada yang berkawan, tetapi sangat memilih. ingin bersama aku, ikut cara aku. Tak mampu ikut, langkah belakang ikut suka hati kau lah. Sangat teliti dalam semua perkara, pastinya sebab pernah tersilap langkah terus taubat nasuha.

ada yang berkawan, hidup tak mahu belajar. Tiada rezeki bukan dalam bidang untuk teruskan pembelajaran. Bijak dalam vokasional tiada siapa yang tahu. Dipaksanya ibu bapa untuk terus belajar. Murunglah dia di senja hari, melihatkan kambing di arah masuk kandang. Manusia kalau tak dipaksa, tidak akan belajar erti kehidupan. Bayangkan, bagaimana kau belajar membaca jika tidak dipaksa bangun pagi ke sekolah?

ada yang berkawan, hidup senang lenang. Ibu seorang datin, ayah seorang dato'. Kasih sayang yang tiada, duit yang melimpah. Datin sibuk dengan rantai sebesar tapak tangan, si dato' pula sibuk dengan kayu golfnya. Siapa lagi, kalau bukan kawan yang dicari buat si anak yang tiada belasan kasih sayang. Ilmu agama, tiada langsung dipelajarinya, harapkan sekolah, manakan tahu dia ponteng bersama rakan.

ada yang berkawan, bersama senjata. dulunya seorang perwira digelar rakyat jelata. Membebaskan negara dari terus dibelenggu jajahan. Akhirnya merdeka, tiada siapa yang endah lagi. Hidup merempat di tepi jalan, minta sedekah, 20 sen yang diberi. Tin kosong dan kotak, itu sahajalah sumber rezeki.

subhanallah, Allah mencipta manusia pelbagai ragam. Moga kita tidak terlalu bongkak dengan apa yang kita ada, moga kita tidak terlalu sedih dengan apa yang kekurangan dalam hidup ini. Saling bantu-membantu tidak kira sesama rakan, sesama rakyat, sesama kaum, sesama bangsa mahupun sesama manusia yang lain. Mereka semua tetap sama

0 comments:

Post a Comment