Saturday, 17 September 2011

Berikut adalah gambar iPhone 5 yang di khabar anginkan bakal di lancarkan awal bulan depan. Demam iPhone kembali lagi dengan musim yang ke-5 iaitu iPhone 5. Masa yang di tunggu-tunggu hampir berbulan yang lalu. Ada yang banyak mengeluarkan khabar angin katanya akan dilancarkan pada bulan ini, namun sehingga kini apple masih berdiam, sunyi serta sepi.

Apple juga telah mengarah semua pekerja-pekerjanya supaya menghadirkan diri ketika awal bulan oktober dan tidak siapa pun yang dibenarkan untuk mengambil cuti pada awal bulan oktober ini.Mengikut logik daripada sini, kemungkinan besar apple akan melancarkan iPhone 5 keluaran terbarunya dalam awal bulan Oktober. Walaupun demikian, tarikh rasmi pelancaran iPhone 5 masih belum ditetapkan.

Ada juga khabar angin yang menyatakan prototype iPhone 5 telah di curi menyebabkan ciri-ciri serta prototype iPhone ini di pertonton awal seluruh dunia. Dikatakan iPhone 5 mampu membawa sokongan kamera sehingga mencecah 8mp.

Jika kita mengikuti perkembangan Apple, khabar angin seperti ini lah merupakan senjata pemasaran utama mereka. Seperti perlancaran peranti sebelumnya, 70% daripda khabar angin didapati tidak tepat.

0 comments:

Post a Comment