Tuesday, 10 May 2011

Life must go on...

Setiap yang berlaku pada masa ini, bergantung pada diriku seorang...  Saya sentiasa sayang dekat dia. Walaupun aku merana time minggu lepas, saya still sayang akan dia. Sebab saya pernah sembahyang hayat dan Allah S.W.T telah memberi petunjuk dengan mimpi yang indah berkahwin dan muka dia terpapar dalam mimpi itu. Mungkin bukan saat ini yang akan menentukan segalanya tetapi takdir memberi saya kesempatan untuk berjumpa dia dan mengenali dia. Saya percaya dengan takdir dan setiap yang berlaku pasti ada hikmah dia. Dan mungkin bukan hari ini, tapi masa yang akan datang. Saya tau dia serabut sekarang dengan masalah dia dengan apa2 yang berlaku semasa ini. Dia masih menyintai saya walaupun sepudar mana. Saya dapat rasakan dan akan memberi dia masa untuk berfikir. 

Alangkan indahnya cinta mengajar kita erti kesabaran, ketaqwaan, pengorbanan, kesedihan, persediaan, dan berkongsi dalam apa jua keadaan. Semestinya, cinta tidak harus dibagi 100%... Cuma dengan ini saya rela hati dan melepaskan dia buat masa sekarang ini. Saya nak dia berjaya dengan cita2 dia. Saya cuma boleh tengok dari jauh bahawa dia telah bahagia dengan orang lain. Hati ini walaupun sedih tapi life must go on... Buat dia yang saya sayangi. Minggu depan saya decide nak jumpa dia mungkin buat kali terakhir untuk meminta maaf dari dia dan mungkin tidak akan kembali lagi. Walaupun apa2 yang terjadi saya tidak akan berpaling balik. Terima kasih. Life must go on!


Sunday, 8 May 2011

Terima kasih cinta!

Cinta mengajar kita sesuatu dalam hidup ini. Bersabar! Bersabar! Bersabar! Kepada sesiapa yang tengah bercinta di luar sana. Cinta memang sepatutnya jujur antara satu sama lain dan kalau boleh janganlah berahsia. Nanti timbul rasa curiga dan kalau boleh dielakkan. Kalo satu pihak marah, satu lagi kena bersabar, Dalam dunia ini pun dah ramai yang kahwin muda dan bercerai-berai disebabkan tiada kesabaran dalam hati. Sebab kedua2 tiada persefahaman. Itulah kita kena memilih pasangan kita dengan baik sebelum bercinta. Namun soal hati dan perasaan tiada yang boleh jawapkan.

Cinta juga mengajar kita untuk berfikir! berfikir! berfikir! Tuhan bagi kita akal untuk berfikir mana yang baik, mana yang buruk. Jika pasangan itu membawa kepada kemungkaran, tolonglah menasihati mereka. Jika pasangan kita jujur, baik, beriman, dan bertaqwa orangnya, layanlah dengan baik kerana mereka adalah golongan2 yang baik2 belaka. Kebahagiaan itu adalah tercipta daripada saling bertolak-ansur antara satu sama lain. Kita sendiri boleh menilai dan mengenali pasangan kita dengan lebih mendalam berbanding orang2 lain.

Last sekali. Cinta juga mendidik kita erti hidup dalam kehidupan ini. Kenapa kita perlu mengerti kehidupan? Bagaimana caranya? Jawapannya supaya kita boleh menyesuaikan diri dengan keadaan semasa. Betul tuh! Ada orang kata cinta itu buta, memanglah buta kalau orang itu dah tergila-gilakan cinta. Tapi kalau dah namanya sayang, sayangilah dia. Kalau buat silap, minta maaflah. berbaik2 lah. Dalam satu cinta itu mesti ada pergaduhan sebab atas salah faham. Putus hubungan itu, rujuk la kembali. Janganlah jual mahal... Itulah nikmat manisnya cinta yang diberi kepada Manusia oleh Allah S.W.T.

Yang penting cinta kita tujukan kepada Allah S.W.T kemudian Rasulullah S.A.W, Malaikat2 dan Keluarga saudara-mara dan akhirnya Makhluk2 ciptaan-Nya.

Ini adalah berdasarkan pengalaman saya dan bukan copy paste dari orang lain atau laman web. ^^

Saya sentiasa cintakan dia... Saya minta maaf dengan kesilapan saya tapi saya tidak mengharapkan apa2 dari awk... Terima Kasih Cinta... Gambar ini adalah kenangan saya dengan dia... TERIMA KASIH...

Saya sentiasa sayang kat dia...

Bagi saya untuk melupakan ci dia adalah susah. Walaupun seketika namun hati ini tetap pedih. Atas keegoan masing2. Kita berpisah dan tidak pasti akan kembali lagi. Memang benar nasihat kawan2 saya. Tapi kalau benar dia menyintai saya, dia takkan membuat sebegitu dengan saya. Mungkin silap saya tetapi bukan sepenuhnya. Sebab selama ini saya menjaga dia dengan ikhlas. Sebaik mana2 pun saya lakukan adalah mustahil untuk dia memahami saya. Namun kehidupan ini harus diteruskan. Impian saya hancur dalam sekelip mata. Tapi saya tetap akan menyayangi dia dan akan saya pendamkan dalam hati ini. Sukar untuk saya menghadapinya namun tetap kena terima keadaan.

Thursday, 5 May 2011

Cerita Aku...

Ini adalah kisah bermulanya cinta saya... saya mengenali dia sejak 2 tahun lepas dalam laman social myspace  ketika bekerja di Mines Shopping Mall kerana time tu saya hanya ingin berkawan dengan ramai orang untuk mengenali dunia. Dua tahun itulah kehidupan ku agak biasa sahaja. Yela aku ni orang yang lonely, biasa hidup seorang2, bekerja dan makan macam biasa. Selepas itu saya terjumpa seseorang gadis di laman myspace yang berasal dari kampung saya sendiri. Namanya tidak perlulah anda ketahui sbb takot dia kenal pasti. Tapi kalo ikotkan dia confirm tau jika terbaca blog ini. Saya adalah sorang yang jujur, ikhlas dalam apa jua keadaan sekalipun. Dalam tempoh dua tahun itu saya ikhlas berkawan dengan dia, berkongsi masalah, walaupun kami tidak pernah bersua namun kami adalah seperti sahabat karib.Dia adalah seorang student dari MAHSA college. Dia adalah cinta pertama saya.

Dia sering bercerita tentang kehidupannya, masalahnya yang kerap datang dan saya sering menasihati dia bagaimana untuk menyelesaikan masalah dia. Selepas berkenalan selama 6 bulan itu saya jatuh cinta dengan dia namun semasa itu dia dimiliki oleh seseorang dan saya tidak pernah berjumpa dengan dia, Niat saya hanyalah sekadar angan-angan tetapi saya bersabar kerana jodoh adalah ditangan Allah S.W.T. saya percaya dengan Qada dan Qadar. Saya pernah nak mengajak dia untuk berjumpa tetapi ditolak dan akhirnya saya berdiam diri. Pada masa itu saya tidak mengharapkan apa2 untuk c dia terima saya. Selepas saya berhenti bekerja untuk melanjutkan pelajaran saya di Kolej Poly-Tech Mara Kuala Lumpur dalam bidang Accounting. Kita orang still contact dalam myspace dan kemudiannya terjumpa di facebook secara kebetulan ketika saya search email saya. saya ternampak laman social c dia di facebook dan dengan lajunya saya add. 

C dia sering menceritakan masalahnya kepada aku. Aku sudi mendengar dari awal sampai akhir masalahnya dan saya teringat pada suatu masa ketika on d way balik saya call c dia di KTM Bandar Tasik Selatan untuk mengetahui perkembangannya. kita berbual mesra tidak seperti sorang kawan atau sahabat. Selepas itu lah dia mengenali kakak saya ketika saya balik ke rumah abg saya yang berada di Seri Kembangan dan kakak saya mencuriga dengan saya dengan c dia dan bertanyakan adakah kita orang bercinta? owh... dengan segan malunya jawap tidak. yela sapa nak mengaku kan kalo saya mencintai dia pon dia xsemestinya cinta saya. Pada masa itu akak saya mula rapat dengan dia dalam facebook dan selepas itulah panggilan yang terakhir dan facebook saya tinggalkan  buat masa 5 bulan setelah mengalami masalah kewangan.Saya senyap sampai akhirnya dia merindui saya dan bercerita di facebook dengan akak saya. Saya tinggalkan kesukaan dan hobby saya semata2 nak selesaikan masalah saya. Tidak ramai memahami saya ketika saya berada dalam kesusahan. Belajar dan study serentak adalah mmg susah.

Akhirnya pada tahun 2011. Masalah saya selesai dan sambung study di KPTM KL dengan penuh rasa gembiranya. Bulan pertama saya terjumpa balik no c dia. Dalam hati saya nak contact sahaja tapi perasaan takut menguasai diri tetapi saya kuatkan semangat untuk call c dia... Kita bersembang dan akhirnya saya decide untuk mengajak dia untuk keluar bersama dan tidak disangkakan dia setuju untuk keluar dengan saya pada 5hb Februari 2011 (Ahad) pergi ke Time Square. Saya sampai 1 sejam lebih awal daripada yang dijanjikan kerana saya terlalu gembira dan hati ini dah lama menanti hari tersebut. Banyak benda yang saya bercerita dengan dia ketika jumpa. Makan di Kenny Rogers, Tengak Wayang bersama. dan berkongsi pengalaman. Dia seolah2 bidadari kepada saya... Datang untuk menyelamatkan saya dari kesunyian ini. 2 hari selepas itu saya berSMS dengan c dia dan akhirnya saya meluahkan perasaan saya kepada dia. Tidak disangkakan dia juga mencintai aku dari dulu lagi. Saya terus menerima dia sebagai pasangan saya dan saya telah menetapkan hati ini untuk hidup semati dan mengumpulkan duit untuk mengahwini dia selepas 2 tahun. Itu adalah janji saya kepada dia. 

Kita ber SMS, 3G dan bertukar lagu tiap2 hari. Kita menetapkan lagu (Timeless) sebagai lagu kita untuk mengingati sesama kita. Pada pagi saya belajar. Petang saya bekerja partime. (saya tidak cerita dengan dia)..Malam saya luangkan masa saya untuk dia. bercerita, berjenaka. Selepas 2 minggu, Saya mengajak dia keluar ke KLCC untuk bersama2 untuk melepaskan rindu. Tetapi dia buat kan saya risau kerana tidak makan sehari pada  hari itu. Kami bagaikan pinang dibelah dua. Bagi saya time tu adalah hari yang paling happy sepanjang umur saya dan dia... dia senyum dengan ikhlas membuatkan aku cair seperti liquid. Ada sehari dia nak temankan adik dia untuk g LCCT overnight dan saya mula risau jika dia pergi dan balik keseorangan so saya decide untuk temankan dia pergi dan balik. Tapi saya tidak mengharapkan dia untuk belanja saya sesen pon tetapi dia mendesak juga. Saya ketawa dengan perangai c dia tetapi tidak pernah merugut. Cinta saya semakin mendalam setiap kali hari berlalu. 

Saya hanya insan biasa yang ingin menyayangi dan dicintai... namun semua berubah ketika kita berjalan di Genting Highland. Masalah dia yang sering dia kongsikan akhirnya dia senyap. Tidak ingin diceritakan kepada saya. Sifat dia mula berubah dan bersikap pemarah walaupun saya tidak pernah membuat perkara yang tidak disenangi. MM2 memory kad hilang diatas kecuaian saya selepas balik dari genting dan dia senyap sahaja dan tidak ingin bersua muka. Hari itu lah yang mengubah hidup saya dengan dia. Tiap2 hari saya meminta maaf tetapi hajat saya tidak tercapai. Adakah memory kad itu penting berbanding dengan saya? Saya Sayang Awk Walaupon Apa2 Terjadi. Bukan sengaja saya untuk cicirkan MM2 itu... awk mula tidak balas mesej dan call... awk mendiamkan diri tanpa berita namun saya tidak mengaku kalah untuk memujuk awk.

Saya tidak ingin awk sedih dan sentiasa berusaha mengembirakan awak. Akhirnya awk berkeputusan untuk stopkan hubungan kita. Saya mula panic dan tertanya kenapa... Saya ditenangkan oleh kawan saya dan akhirnya saya ingin memberi masa kepada awak... Tapi perubahan sikap awk yang drastik itu telah menyebabkan saya hilang sabar dan memarahi awk tapi tidak ada niat aku untuk menyakitkan hati awak. Saya cuma nak gembirakan awk! Awk terus block facebook saya dan tidak ingin contact saya lagi. Mmg silap saya memarahi awk tapi jgn buat saya macam ini... 2  bulan separuh yang gembira menjadi senyap. Awak tidak rindu saya dah? Awk dah tidak menyintai saya?

SAYA CINTA AWAK! SAYA SENTIASA MENCINTAI AWAK. ABG SENTIASA MEMAAFKAN AWAK. TLG MAAFKAN SAYA! SAYA TIADA NIAT NAK BERPISAH DENGAN AWK! 




Friday, 29 April 2011

Awk! xpernah buat saya macam ni... tapi sejak kebelakangan ini kamo tidak mesej, call, balas! Hmmm.... awk dah tawar hati kah dgn abg.... Abg syg kat awk... I love u so... Tapi jgnla buat abg camni... syg xda inisiatif utk abg... Abg rasa kecewa n hati terluka tapi syg buat xtau je... Abg sedih...